MH370 : Sebuah Teori Konspirasi

Pernahkah anda terfikir teori konspirasi yang menyebabkan kehilangan MH 370 ? Ikuti rencana ini :

Ketika Amerika Syarikat (AS) sedang berundur dari Afghanistan salah satu teknologi kawalan jauh mereka yang digunakan untuk mengawal pergerakan pesawat tanpa pemandu (drone) telah dirampas oleh pihak Taleban yang membunuh dua anggota SEAL yang ditugaskan menjaga peralatan tersebut.

Pihak Taleban perlukan wang dan mereka menawarkan dengan harga yang tinggi kepada pihak yang ingin memiliki teknologi tersebut. Dua negara yang ditawarkan teknologi tinggi ini adalah China dan Russia. Malangnya Russia terlalu memberikan tumpuan kepada masalah Ukraine.

Sekitar awal bulan Mac 2014 China yang sememangnya berminat dengan teknologi tersebut telah menghantar 8 orang saintis ketenteraan untuk mengkaji dan memeriksa teknologi tersebut. Bayangkan sahaja jikalau China dapat memiliki teknologi tersebut. Pastinya semua pesawat udara tanpa pemandu milik AS yang digunakan untuk tujuan peninjauan dan intipan tentunya tidak akan berguna lagi. Khabar angin tersebar luas di kalangan agen-agen perisik Amerika dan Israel mengatakan peralatan tersebut tersimpan dengan rapi di sebuah kedutaan yang merupakan pihak ketiga yang berurusan bagi pihak Taliban di Malaysia.

Ini ternyata benar kerana sememangnya China merasakan Malaysia adalah negara yang paling selamat bagi mengangkut peralatan tersebut lebih-lebih lagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan pesawat penumpang hanya mengambil masa empat setengah jam. Dengan menggunakan pesawat penumpang, China merasakan pihak AS tidak akan mengapa-apakan dan mendatangkan mudarat kepada pesawat berkenaan.

Bagaimanapun China silap perhitungan kerana sebenarnya terdapat 5 agen AS dan Israel di dalam pesawat MH370 dan mereka dikatakan mahir dengan sistem pesawat Boeing. Berkemungkinan besar perisik yang dikatakan berasal dari "Iran" itu sebenarnya bukan dari Iran tetapi adalah agen-agen Mossad yang sengaja diberi label sebagai orang Iran untuk memberi imej buruk kepada negara Republik Islam tersebut.

Apabila MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan kepada kawalan udara Vietnam, pesawat AWACS telah memintas isyarat tersebut. Sistem kawalan juruterbang telah dijem dan dilumpuhkan dan sistem kawalan automatik juruterbang (autopilot) telah diubah kepada mod kawalan jauh. Keadaan ini menyebabkan pesawat tiba-tiba hilang dari radar untuk seketika.

Bagaimana AWACS mampu melakukannya? Ingatkah anda kejadian 911? Sejak kejadian itu semua pesawat Boeing (mungkin termasuk semua jenis Airbus) telah dipasang dengan sistem kawalan jauh kononnya untuk menentang rampasan pesawat udara oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat peninjau dan pengintip tanpa pemandu.

Dalam masa pesawat AWACS bertindak mematikan berbagai sistem, 5 agen AS dan Israel akhirnya berjaya merampas pesawat terbang MH370. Peralatan seperti transponder dan sistem komunikasi yang lain dimatikan dan mereka mengubah haluan penerbangan ke arah barat. Mereka bimbang sekiranya mereka terbang ke arah timur terutama ke Filipina atau Guam pesawat tersebut akan dapat dikesan dengan mudah kerana keseluruhan ruang udara Laut China Selatan dilindungi oleh radar pengawasan dan satelit China.

Bagaimanapun Malaysia, Thailand dan India telah dapat mengesan pesawat tersebut melalui radar namun mereka tidak bertindak secara profesional.

Pesawat itu terbang di ruang udara Sumatra Utara, Anambas sehingga ke India Selatan dan kemudian melintasi ruang udara Maldives. Beberapa penduduk perkampungan di Maldives dikatakan telah melihat pesawat tersebut. Namun pihak AS memberi arahan kepada pihak Maldives agar setiap laporan atau cerita pesawat udara penumpang yang kelihatan aneh seperti terbang rendah hendaklah diabaikan. Tentu sekali negara kecil di lautan Hindi seperti Maldives akan patuh dengan arahan dari kuasa besar tersebut. Setelah itu pesawat MH370 meneruskan penerbangannya ke Diego Garcia, iaitu Pangkalan Udara Amerika yang berada di tengah-tengah Lautan Hindi.

Tiba di Diego Garcia kargo yang mengandungi peralatan rahsia yang mereka kehendaki dikeluarkan. Kotak hitam juga dikeluarkan dan mungkin diganti dengan kotak hitam yang lain. Penumpang dalam pesawat sudah tidak bernyawa lagi disebabkan kekurangan oxygen. Kematian semua para penumpang menjadikan AS dan Israel merasakan rahsia mereka terselamat. Setelah itu sekali lagi kapalterbang di lepaskan ke udara menggunakan teknologi kawalan jauh. Bila tiba di tengah Lautan Hindi maka pesawat pun dijunamkan ke dalam Lautan Hindi.

Pada masa berita kehilangan MH370 tersebar, AS memulakan sandiwaranya dengan memberikan lakunan yang cukup menarik terutama ketika melakukan misi menyelamat. AS juga tidak kurang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang ternyata palsu kesemuanya. Semua untuk mengelirukan untuk mengelirukan dunia. Begitu juga dengan Australia dengan sandiwara latah oleh Perdana Menteri negara Kangaroo tersebut.

China juga menunjukkan keprihatinan dalam usaha mencari dan menyelamat. Kapal laut, pesawat penerbangan dan 10 satelit milik mereka telah digunakan bagi misi tersebut. Mereka mencarinya di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Adapun ini bukanlah kerana China mempunyai bilangan penumpang paling ramai dalam pesawat MH370 tetapi yang penting bagi China ialah kargo bernilai tinggi dan lapan orang saintis pertahanan utamanya.

Mungkin anda tidak percaya dengan apa yang diceritakan. Namun anda semua dapat berfikir dengan baik. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku seterusnya. Atau mungkin semua ini hanya akan terbukti sekiranya ada lagi agen-agen perisik CIA yang berpaling tadah yang akan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370.

(Rencana ini sentiasa dikemaskini dengan pembetulan dan penambahan maklumat baru. Jika anda baca berulang-kali fikiran anda mengenai hal ini akan menjadi lebih jelas lagi - XaF.)

Share
Download Free Joomla Templates by vonfio.de